Posts

PENERANGAN KOS NETSENTRIK | Latihan Praktikal Sem 7 Netcentric Computing

 Assalamualaikum w.b.t dan Hai! Sudah lama sis tak update blog sis. 3 tahun blog sis tak sentuh.👀 Hari ini sis nak cerita tentang pengalaman sis untuk Sem 7.  Okeh. untuk pengetahuan semua, Sem 7 ni sem untuk internship/praktikal. Haa. Sis dulu praktikal di pejabat gomen. Selama 5-6 bulan sis praktikal, sis gembira kat sana. Semua sporting dan tak lokek ilmu. Sis banyak belajar pasal dunia pekerjaan. Tapi, saranan sis, kalau ade adik-adik mahukan ilmu yang luas dan praktikal yang betul-betul praktikal, pilihlah tempat praktikal yang swasta.  Haa, kenapa macam tu pulak?? Ni pengalaman sis la ye. Praktikal di tempat swasta kemungkinan anda di serap masuk kerja sebagai staf tetap amatlah tinggi. Praktikal di swasta amatlah berbaloi kerana anda diberi pendedahan terus alam kerja, cara kerja dilakukan, cara melayan karenah customer dan lain-lain lagi. Sebelum sis diterima masuk intern, sis diberi pendedahan dan perlu membuat beberapa dokumentasi untuk meminta diberi peluang m...

PENERANGAN KOS NETSENTRIK | Semester 4 & 5 Netcentric Computing

A ssalamualaikum w.b.t. Hai semua ! 

PENERANGAN KOS NETSENTRIK | Semester 3 Netcentric Computing

Image
Assalamualaikum w.b.t ... Kali ini saya nak cerita apa yang saya belajar waktu semester 3...😆 Sem 3 lebih kepada netcentric course betul2 !! Kamu akan belajar web based programming - saya lebih kepada Netbeans IDE dan MVC framework. Contoh dia 👇 NetBeans IDE software application. Free download. Yang ini untuk subjek Netsentrik. Ada banyak lagi subjek yang akan kamu belajar 1. Multimedia - elektif 2. DBMS - core 3. Principle of Networking - core 4. Netcentric - core                                                            👆👆👆 Tambahan subjek 1. Bahasa asing - Bahasa Arab 2. Kokurikulum 3. Sejarah Malaysia Sekian sahaja sekilas pandang saya ...

PROGRAMME CS251 - BACHELOR OF SCIENCE (HONS.) NETCENTRIC COMPUTING ???

Assalamualaikum. "Netsentrik? Erm... Apa tu?". Okey. Ini reaksi orang ramai dan orang-orang kampung bila mereka tanya aku belajar apa kat universiti. Sebelum tu, aku sekarang belajar di UiTM Arau, Perlis, Malaysia dan aku pelajar semester 2. Senang cerita, kos ni sem 1 dan sem 2, aku belajar benda-benda basic pasal komputer . Basic-basic pun, pening jugak la nak ingat. Tak susah-nak-mati pun. Dan tak la senang-macam-ABC. Pandai-pandai la urus masa dan tak faham, tanya pensyarah. Aku sebelum tanya pensyarah, tanya kawan-kawan dulu. Kalau tak faham lagi, baru jumpa pensyarah. Kos ni ada 7 semester. Maknanya korang akan belajar selama 3 tahun setengah. "Dah habis belajar, kerja apa sesuai dengan kos?". Haa... Ni satu lagi dilema. Memandangkan aku baru aje sem 2, tak banyak yang aku boleh cakap. Jadi, pada pandangan aku, sem 1 & sem 2, berdasarkan apa yang aku telah belajar, kamu boleh jadi system analyst, web developer, programmer untuk web, banyak ...