PROGRAMME CS251 - BACHELOR OF SCIENCE (HONS.) NETCENTRIC COMPUTING ???
Assalamualaikum. "Netsentrik? Erm... Apa tu?". Okey. Ini reaksi orang ramai dan orang-orang kampung bila mereka tanya aku belajar apa kat universiti. Sebelum tu, aku sekarang belajar di UiTM Arau, Perlis, Malaysia dan aku pelajar semester 2. Senang cerita, kos ni sem 1 dan sem 2, aku belajar benda-benda basic pasal komputer . Basic-basic pun, pening jugak la nak ingat. Tak susah-nak-mati pun. Dan tak la senang-macam-ABC. Pandai-pandai la urus masa dan tak faham, tanya pensyarah. Aku sebelum tanya pensyarah, tanya kawan-kawan dulu. Kalau tak faham lagi, baru jumpa pensyarah. Kos ni ada 7 semester. Maknanya korang akan belajar selama 3 tahun setengah. "Dah habis belajar, kerja apa sesuai dengan kos?". Haa... Ni satu lagi dilema. Memandangkan aku baru aje sem 2, tak banyak yang aku boleh cakap. Jadi, pada pandangan aku, sem 1 & sem 2, berdasarkan apa yang aku telah belajar, kamu boleh jadi system analyst, web developer, programmer untuk web, banyak ...