Posts

Showing posts from December, 2020

PENERANGAN KOS NETSENTRIK | Latihan Praktikal Sem 7 Netcentric Computing

 Assalamualaikum w.b.t dan Hai! Sudah lama sis tak update blog sis. 3 tahun blog sis tak sentuh.👀 Hari ini sis nak cerita tentang pengalaman sis untuk Sem 7.  Okeh. untuk pengetahuan semua, Sem 7 ni sem untuk internship/praktikal. Haa. Sis dulu praktikal di pejabat gomen. Selama 5-6 bulan sis praktikal, sis gembira kat sana. Semua sporting dan tak lokek ilmu. Sis banyak belajar pasal dunia pekerjaan. Tapi, saranan sis, kalau ade adik-adik mahukan ilmu yang luas dan praktikal yang betul-betul praktikal, pilihlah tempat praktikal yang swasta.  Haa, kenapa macam tu pulak?? Ni pengalaman sis la ye. Praktikal di tempat swasta kemungkinan anda di serap masuk kerja sebagai staf tetap amatlah tinggi. Praktikal di swasta amatlah berbaloi kerana anda diberi pendedahan terus alam kerja, cara kerja dilakukan, cara melayan karenah customer dan lain-lain lagi. Sebelum sis diterima masuk intern, sis diberi pendedahan dan perlu membuat beberapa dokumentasi untuk meminta diberi peluang m...