PENERANGAN KOS NETSENTRIK | Latihan Praktikal Sem 7 Netcentric Computing

 Assalamualaikum w.b.t dan Hai!

Sudah lama sis tak update blog sis. 3 tahun blog sis tak sentuh.👀

Hari ini sis nak cerita tentang pengalaman sis untuk Sem 7. 

Okeh. untuk pengetahuan semua, Sem 7 ni sem untuk internship/praktikal.

Haa. Sis dulu praktikal di pejabat gomen.

Selama 5-6 bulan sis praktikal, sis gembira kat sana. Semua sporting dan tak lokek ilmu. Sis banyak belajar pasal dunia pekerjaan. Tapi, saranan sis, kalau ade adik-adik mahukan ilmu yang luas dan praktikal yang betul-betul praktikal, pilihlah tempat praktikal yang swasta. 

Haa, kenapa macam tu pulak?? Ni pengalaman sis la ye. Praktikal di tempat swasta kemungkinan anda di serap masuk kerja sebagai staf tetap amatlah tinggi. Praktikal di swasta amatlah berbaloi kerana anda diberi pendedahan terus alam kerja, cara kerja dilakukan, cara melayan karenah customer dan lain-lain lagi.

Sebelum sis diterima masuk intern, sis diberi pendedahan dan perlu membuat beberapa dokumentasi untuk meminta diberi peluang membuat latihan praktikal di mana-mana tempat pilihan. Hal ini, dibantu oleh para pensyarah ye guys, pensyarah akan guide pelajar cara yang betul dan formal. Jadi, jangan risau yee✌

Kami, pelajar UiTM Perlis ni kena buat satu projek khas sebelum menamatkan paktikal.Projek Khas ni sama macam korang buat FYP. korang kena propose tajuk dekat Supervisor Intern korang. Ini dikira sebagai markah terakhir sebelum graduate. Tak lulus, takde nyee korang graduate. Haa, kene buat betul-betul la yee adik-adik semua.

Dan Alhamdulliah, Sis berjaya graduate.!!!

Sekian, ini jelah coretan sis untuk topik ini.

Comments

  1. Alhamdulillah berjaya jugak akak graduate. Saya pulak dah jumpa "entri" yang last ni. Kalau berkesempatan saya teringin jugak nak tau process pencarian pekerjaan lepasan pelajar netcentric ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PROGRAMME CS251 - BACHELOR OF SCIENCE (HONS.) NETCENTRIC COMPUTING ???